Friday, December 24, 2010

Tidak Wajar Shin Chan Dijadikan Ikon


Jangan terkejut andai tiba-tiba anak anda berumur kurang tujuh tahun melondehkan seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya dan berkata, "Punggung..." Timbul persoalan, dari mana mereka belajar perkara sebegitu?

Ini secara jelas adalah pengaruh yang tidak sihat daripada rancangan kartun kegemaran kebanyakan kanak-kanak termasuk sesetengah ibu bapa sendiri iaitu Sin-Chan.

Sedarkah kita bahawa, bukan semua kartun adalah selamat bagi ditontonkan kepada anak-anak mutakhir ini.

Sebagai contoh rancangan Sin-Chan sendiri yang banyak dengan unsur lucah, siri Sponge Bob yang menjadikan 'Bikini Bottom' sebagai tempat tinggal mereka.

Tidak kurang juga kebanyakan kartun yang menjadikan tema pergaduhan, perbalahan dan membalas dendam sebagai tema dan jalan cerita.

Tidak kurang juga kartun yang mempromosi adegan seksual dan cara berpakaian yang tidak senonoh serta tidak mengatup aurat.

Tanpa menafikan kartun mampu menjadi instrumen pendidikan yang terbaik untuk anak-anak namun dalam masa yang sama ianya juga amat berpengaruh dalam menanamkan budaya dan akhlak yang tidak baik kepada anak-anak.

Lantas, adalah menjadi kesalahan yang besar apabila ibu bapa sendiri yang mendorong anak-anak mereka bagi menonton siri-siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif.

Namun, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin dan Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.

Kejayaan Upin dan Ipin sebagai produk animasi Malaysia yang berjaya menambat hati kanak-kanak tempatan dan luar negara wajar dipuji dan diangkat menjadi ikon kanak-kanak terkini dengan lebih penambahan unsur didaktik secara langsung mahupun tidak langsung.

Di Indonesia sebagai contoh, ikon Upin dan Ipin digunakan semaksimum mungkin dengan melekatkan dan mengaitkan watak tersebut termasuk pada buku-buku agama.

Ini tidak lain adalah bertujuan bagi menarik dan mendapatkan perhatian anak-anak dan secara tidak langsung terhadap bahan-bahan bacaan agama.

Kesimpulannya adalah pemantauan dan penyaringan terhadap rancangan-rancangan kartun di televisyen perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak di rumah sementelah pada waktu cuti sekolah sekarang ini.

Dalam masa yang sama pihak televisyen bertanggungjawab menyiarkan hanya rancangan yang berfaedah dan mendidik kepada anak bangsa.

FACEBOOK OH FACEBOOK..

Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,

Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.


Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,

Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

Facebook oh Facebook…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudahan engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

Thursday, December 23, 2010

GeNeRaSi " COCA-COLA "


Generasi ini telah di"Coca-Cola"kan
persepsinya lemah
ruhnya kempis
apalah yang tinggal

wajah kosong
ada semacam kegilaan
anak-anak muda bertopi ke belakang
99.99 % yang tukang lepak
di kafe maya
kyusuk dengan pelbagai jenama "games"
di talian chat meraban-raban
tak ke mana-mana
entahlah apa visinya
entahlah apa wawasannya
itulah wajah mutakhir.

Apakah mungkin generasi "Coca-Cola" ini
akan menjadi generasi Robanni?
Kalau dari jam 10.00 pagi sampai 10.00 malam
mata terpahat di pc
sesebentar menghirup "Coca-Cola"
azan zohor berlalu
azan Asar berlalu
azan Maghrib berlalu
azan Isyak berlalu
waktu terus berlalu
seolah-olah tidak ada yang lain yang perlu
kecuali memainkan jari jemari di papan kekunci
mana mungkin akan tercerna generasi Robanni.

Apa akan jadi dengan generasi "Coca-Cola"?
mereka tidak boleh membangun dunia
mereka mabuk (fana) bukan dalam lautan makrifah
kafe itu nanti sama tarafnya dengan video arcade
ia tak mengembangkan minda
ia tak melahirkan manusia
dengan kemanusiaan
hakiki.




Wednesday, December 22, 2010

HiDuP iTu PiLiHaN....



Ada sepasang anak kembar (Rolando dan Ronaldo) yang terlahir dari keluarga yang berantakan, dimana ibunya

seorang penjudi dan ayahnya seorang pemabuk dan penjudi.

Ibu mereka lebih dahulu meninggal pada saat kembar tersebut masih bayi. Ayah mereka menemani mereka sampai

mereka sekolah dan meninggal juga. Akhirnya karena tidak punya keluarga yang bersedia menampung mereka,

mereka tinggal di panti asuhan yang berbeda.

Berita mengenai nasib malang kedua bocah kembar tersebut menghiasi koran berita lokal tempat lahir mereka di

Negara Mexico .

40 tahun kemudian setelah kejadian tersebut, seorang pemimpin redaksi ingin mengetahui dimana kedua bocah tersebut

berada dan mengutus team wartawan mereka untuk melakukan liputan khusus.

Mereka menemukan Rolando sedang berada dalam sebuah bar di daerah Guadelajara dalam kondisi mabuk berat dan

nampaknya sudah berhari-hari tidak mandi. Mereka pun mewawancarai si Rolando, mengapa dia sampai begini?

Katanya sambil berteriak, "Aku begini karena AYAHku! Apa yang bisa anda harapkan dari seorang ayah pemabuk?

Yah Inilah AKU, seorang Pemabuk Juga. Buah yang jatuh tak Jauh dari pohonnya!"

Sementara wartawan yang lain menemukan Ronaldo, di kota Mexico City sebagai seorang Direktur sebuah konsorsium

internasional yang memiliki keluarga bahagia dan harta yang berkelebihan. Mereka mewawancarai si Ronaldo, apa

yang menjadi motivasinya sehingga dia bisa menjadi sehebat ini.

Jawabnya, "AYAHku. Ayahku dulu seorang pemabuk dan penjudi. AKU akan membuktikan kalau aku bisa menjadi

orang hebat walaupun lahir dari keluarga pemabuk dan penjudi."

Nah teman2. MINDSET dalam pikiran itulah yang menentukan kemana arah kehidupan yang anda cari. Apakah anda

lihat dari sisi NEGATIF atau ambil dari sisi POSITIFnya.

Pilihan di tangan Anda. HIDUP adalah PILIHAN. ….

MiMpi oH MiMpi


mimpi hanya mainan tido atau petunjuk tentang sesuatu kejadian..adakah mimpi hanya sekadar mimpi..bagaimana jika ia betul-betul berlaku..?

orang kata kalau bermimpi di patuk ular..itu tandanya ada orang nak masuk meminang…kalau mimpi hantu..itu tandanya sebelum tido kita kena baca doa dulu..dan jangan lupa basuh kaki…

kalau mimpi itu bertukar jadi kenyataanmacam mana pula..


contoh situasi:
ah…liatnya aku nak bangun…ngantuk sangat2…
buka2 mata tgk rumate aku dah bangun lagi awal dari aku…

zana2…malam td aku mimpi ko la…aku mimpi yang ko happy sangat2,,,aku rasa kalo aku cerita ni ko mest happy gak nnt..aku mimpi ko pregnant…ko siap tunjuk kat aku ‘pregnancy test’ ko tu….positif…..teruja aku nak wish tahniah kat ko…sbb dah mengandung…tp sedar2 rupanya aku mimpi je….hehe..kesian ko kan..mesti hampa ..sbb mimpi je…

petangnya…kawan aku bg tau…dilah…aku pregnant la…aku dah cek dekat klinik td..mmg sah aku dah mengandung…syukur…

ko dah bg tau husband ko tak…

dah..mestilah dah…sambil tu zana pergi ke meja locker untuk ambil ‘pregnancy test’ yang dia buat td…

zana…ko nye ‘pregnancy test’ ni sama la dalam mimpi aku…..mcm mana aku leh mimpi benda ni….keseluruhan mimpi aku dgn ko lebih kurang sama je…

9 bulan kemudian…

aku telefon zana…

dilah..terima kasih…telefon aku…ko org pertama kawan aku yang telefon aku…aku bersalin semalam…kenapa ko selalu je dapat rasa apa yg berlaku ek…

Tapi kalau kita mimpi hantu ke atau mimpi ada orang nak bunuh kita…kompemla kan, sedar dari mimpi tengok badan dah berpeluh – peluh. macam betul-betul je kena kejar dengan pembunuh.

Rasulullah s.a.w bersabda : ” mimpi yang baik (dari orang yang soleh) adalah dari Allah. s.w.t dan mimpi buruk datangnya dari syaitan. Kalau sesiapa yang melihat sesuatu mimpi (buruk) atau mimpi yang kita tak suka, hendaklah meniup ke kirinya sebanyak 3 kali dan beristi’azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan) kemudian mimpi tu tidak akan memudaratkannya. (Bukhari, no 2568). Jangan ceritakan mimpi buruk kepada orang lain.


Tuesday, December 21, 2010

Cinta Buat Ibuku !!!



Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta

Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu
Mengasihimu ibuku
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu

Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat

Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...

Layang-layang Itu.......


Di suatu petang yang sangat nyaman dan tenang, si kakak membawa adik kecilnya berjalan ke taman permainan berhampiran dengan rumah mereka.

Si adik yang berusia dalam lingkungan umur lima tahun kelihatan sangat gembira memandangkan sudah sekian lama si kakak tidak membawanya ke taman itu. Maklumlah, kakaknya baru sahaja dapat pulang bercuti.

Seperti biasa, si adik meminta kakaknya mengayunkan buaiannya. Si kakak menurut sahaja sambil mengayunkan buaian itu sedikit laju tetapi dengan penuh berhati-hati agar si adik tidak terjatuh. Sedang si kakak dan si adik sedang bercerita sambil bermain buaian, kelihatan sekumpulan anak muda ingin menaikkan layang-layang mereka di padang bersebelahan dengan taman permainan itu.

Si adik meminta si kakak membawanya melihat layang-layang itu. Dengan penuh sabar melayan telatah si adik, dia memimpin tangan adiknya menuju ke sebuah pohon yang rendang di tepi padang itu. Kelihatan layang-layang itu terbang tinggi sekali. Lama juga bertahan, namun tidak lama selepas tu, ia terus jatuh menyembah bumi. Layang-layang yang jatuh itu dinaikkan semula, dan juga dapat bertahan lebih lama daripada sebelumnya.

Adik : Cuba kakak tengok layang-layang tu. Cantik kan?

Kakak : Cantik. Tapi kan adik, walaupun ianya terbang tinggi, takkan kekal lama tau. Sebabnya nanti apabila angin sudah tiada, layang-layang itu akan jatuh. Sama juga macam kita.

Adik : Kita? Kakak dan adik ke? Tak sama pun.

Kakak : Hehe. Bukan camtu adik. Layang-layang itu ibarat seperti kita, manusia yang ada di muka bumi ini. Dalam hidup ini, ada masanya apabila kita ada semua benda yang kita nak, macam keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang baik, makanan yang sentiasa sedap dan cukup, badan yang sihat, duit yang cukup, ilmu yang banyak, dan semua yang terbaik, kita akan berasa kita sentiasa berada di atas. Maknanya, kita akan rasa kita sentiasa berada dalam keadaan yang sangat selesa. Adakalanya, kita tak terasa yang semua benda ni mungkin bukan lagi akan jadi milik kita satu hari nanti.

Adik : Oh, tapi apa kaitannya dengan layang-layang kakak?

Kakak : Layang-layang, kalau tak ada angin bertiup, atau mungkin layang-layang tu tak sesuai untuk terbang, susah nak naik tinggi macam tu (jari menunjuk ke arah layang- layang yang tinggi). Tai, apabila angin tak ada, ataupun ada bahagian dia yang rosak, akan terjatuh juga. Cuba adik bayangkan diri adik yang sihat macam ni, dan tiba-tiba adik demam. Adik rasa adik mampu tak nak pergi ke tadika?

Adik : Kalau adik demam, mestilah tak boleh. Kalau adik demam, nanti adik muntah kat tadika. Kesian cikgu kena basuh muntah adik, jadi lebih baik adik duduk kat rumah sebab Abah dan Mak boleh jaga adik. Mak boleh bagi adik makan ubat dan bila adik dah sihat nanti baru adik pergi sekolah balik. Hehe.

Kakak : Wah, pandailah adik kakak ni! Layang-layang kan, apabila ia terkoyak, ia akan jatuh. Tapi apabila sudah dibaiki, boleh je nak naikkan semula. Apa yang kakak nak cerita, dalam hidup ni, dari kita kecil sampai dah dewasa, pasti akan ada susah dan senang. Akan ada jatuh dan bangun. Apabila kita rasa senang dan selesa, kita kena ingat yang semua itu adalah pinjaman sahaja. Boleh jadi apabila tiba masanya, pinjaman ini akan ditarik balik.

Tetapi, dengan keyakinan kita yang kuat terhadap Tuhan kita, Insya-Allah segala perkara yang kita rasa susah, akan dipermudahkan. Dalam hidup ini, kita diuji dengan kesusahan bukan kerana Tuhan tak sukakan kita, tetapi sebab Tuhan sayangkan kita. Dia mahu kita lebih kuat untuk meneruskan amalan-amalan kita di dunia ini sebagai bekalan di dunia satu lagi nanti. Seperti Mak marahkan kakak dan adik bila kita buat salah, bukan kerana benci tetapi kerana sayangkan dan nak kita jadi lebih baik.

Si adik sudah pun terlentok dan meletakkan kepalanya di lengan si kakak. Mungkin terlalu asyik mendengar kakaknya bercerita, dan juga mungkin kepenatan bermain. Si kakak hanya tersenyum tatkala melihat adiknya yang manja itu sudah pun terlena. Dibelainya rambut adik yang nipis itu sambil matanya masih lagi tertumpu kepada layang-layang yang masih terbang di langit.

“Adik... adik masih terlalu kecil untuk mendengar semua ini. Namun, kakak berharap agar apa yang kakak cakapkan ni, tersemat dalam ingatan adik sehingga adik besar dewasa. Jangan risau, apabila adik sudah besar nanti, kakak akan ulang kisah ini untuk adik meskipun pada masa tu tiada layang-layang di langit. Kakak janji, insya-Allah”. Si kakak bermonolog sendirian.

Anak-anak muda yang main layang-layang tadi sudah pun menurunkan layang-layangnya. Si kakak pula mengangkat si adik yang terlentok itu pulang ke rumah. Si ibu tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat si adik yang manja itu. Namun, memandangkan Maghrib sudah hampir masuk waktunya, si adik dikejutkan daripada lenanya. Mata si adik masih lagi terkebil-kebil, tetapi di bibirnya terukir senyuman yang sangat manis.

“Kakak...nanti kan, kakak cerita lagi ye pasal layang-layang tadi? Adik tertidur. Tak dengar habis tadi”, pinta si adik.

Kakaknya hanya mengangguk tanda setuju. Ibu bertanya tentang layang-layang melalui ekspresi mukanya, dijawab dengan kenyitan mata dan senyuman oleh si kakak tadi. Berlalulah sebuah petang yang indah dengan kisah di sebalik layang-layang.